Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Maka kengkawan aku mengejutkan dari lamunan mimpi yang manis lagi indah. Tiada yang lain melainkan menonton pasukan kegemaranku beraksi menentang chelsea selain melakukan 'Qiamullail". Agak mengantuk juga ketika itu. tetapi semangat terhadap pasukan tidak akan mematahkan angin aku. Bangunlah juga untuk melihat peraksian tersebut. Membasuh muka dan mengosok gigi tidak ku lupakan sedikit pun. Itu perkara penting bagi kaum. Nanti kalau berbual berbau pula sampai mengambil jarak beberapa kilometer.
Arsenal bertemu Chelsea. Itu tajuk utama yang ingin dipertaipkan. Memuaskan hatiku jugalah bilamana melihat permainan yang diaksikan oleh mereka-mereka yang aku suka. Seperti Fabregas dan Walcott yang mana merupakan senjata penting bagi The Gunners. Bab kata orang "3-1 bai kena bantai". Tetapi tidak mengapalah kepada pasukan menentang The Gunners aku. Diharap jangan kecewa dan anggaplah ini adat permainan. Chelsea pun tidak kurang hebatnya. Mempunyai banyak peluang dan terdiri pemain-pemain hebat.
Maka aku senaraikanlah nama-nama yang menjaringkan gol. Tidak lain dan tidak bukan bagi Arsenal, Song(suka menyanyi barangkali sebab itu boleh buat gol), Fabregas (Through Pass yang terbaik) dan Walcott(berlari laju jugalah) dan dari Chelsea, Ivanonic.
Apa-apa pun sekali itulah hanyalah kelab liga-liga luar negara. Dan sekarang aku perlu tumpukan Malaysia vs Indonesia. Aku rakyat Malaysia menyokong pasukan-pasukan Malaysia di Stadium Indonesia nanti. Hajat hati ingin pergi melihat peraksian mereka. Tetapi apakan daya dan kudratku ini. Duit kekeringan di kala ini. Waduh, waduh. 'Gomo Malaysia gomo'.
Read more...
Salam Pantai Timur
KEMI
Mari Kito Bual Dulu...
Jam
Islamic Calendar
Negeri Ibundaku
The Gunners
About Me
Sudah sekian lama aku tidak menulis blog ini. Tajuk lama asyik terpampang sahaja di muka laman yang tidak seberapa ini. Barangkali aku sibuk dengan kerja-kerja yang tidak pernah selesai untuk ditamatkan. Agaknya entah bila baru selesai kerja-kerja aku ini. Aku mengharapkan doa dari pembaca-pembaca laman biasa ini supaya kerja dibereskan dengan segera. Mungkin ini ujian dan dugaan yang akan mematangkan lagi diri kita untuk terus maju ke hadapan. Aku Mohd Shamsul Shahmie bin Othman masih terus mengekalkan tradisi menulis coretan dalam blog ini.
Bahang piala dunia (2010 Africa World Cup) kian terasa di kalangan insani yang fanatik dengan bola bulat itu. Pada kali ini bola bulat itu dipertandingkan di Afrika Selatan. Alangkah indahnya sekiranya diri ini mampu menghadiri untuk menyaksikan bola bulat di padang negara itu. Itulah yang semestinya diimpikan oleh para peminat bola sepak di seluruh dunia tidak kira yang tua dan muda. Walaubagaimanapun aku mungkin dapat menyaksikan hanya di depan televisyen sahaja. Tidak perlu membayar dan mungkin hanya bayar bil elektrik dan astro sahaja.
2010 merupakan tahun yang bersejarah bagi negara Afrika Selatan itu. Buat kali pertamanya temasya sukan terhebat dunia itu diadakan di negara tersebut. Aku melihat di kaca televisyen yang mana mereka-mereka ini sungguh gembira dengan amatnya bilamana temasya ini diadakan di negara mereka. Malaysia? mungkin tidak tahu bilanya akan diadakan sukan itu. Mungkin kita sebagai rakyat Malaysia boleh mengusulkan cadangan ini kepada pihak FIFA dan mereka boleh mempertimbangkan dengan rasa kasihannya. Aku yang ditaqdirkan menjadi rakyat Malaysia ini hanya menunggu dan menunggu saban waktu.
Brazil dan Sepanyol adalah pilihan aku untuk memenangi temasya sukan ini. Ini disebabkan kehebatan pemain negara tersebut mempunyai bintang yang ramai dan idola pada aku. Brazil merupakan juara lima kali dalam temasya sukan dunia popular ini. Aku melihat prestasi mereka baru-baru ini ketika mana Brazil menentang Tanzania di perlawanan persahabatan dengan membenamkan Tanzania dengan mudah 5-1. Permainan yang ditonjolkan oleh pemain-pemain Brazil menambat hati aku untuk menjadikan pasukan mereka pilihan piala dunia kali ini.
Sepanyol juga mempunyai bintang-bintang yang mampu mengegarkan piala dunia kali ini. Kalau melihat sejarah Sepanyol, pasukan ini tidak pernah memenangi temasya sukan hebat ini. Barangkali mereka-mereka ini akan bangkit untuk terus berjuang di medan dunia untuk bergelar Juara 2010. Walaubagaimanapun ketika laluan kelayakan ke piala dunia, mereka menghadapi dengan mudah dan tiada sebarang masalah. Ini terbukti apabila 10 perlawanan yang diadakan, 10 kemenangan yang telah dikecapi oleh Sepanyol. Ini boleh dijadikan sebagai rekod kepada mereka-mereka ini. Kita lihat apa akan terjadi dan bakal berlaku kepada pasukan pilihan ekonomi ini.
Dalam pada itu, pasukan-pasukan lain juga seperti England, Belanda, Perancis, Argentina, Itali, Portugal dan lain tidak mustahil membuat suatu kejutan yang hebat dalam piala dunia kali ini. Berkemungkinan juga pasukan yang tidak kita jangka selama ini akan memegang takhta 2010 piala dunia. Maka dengan itu kita saksikan temasya sukan terhebat ini.
Read more...
Sungguh sejuk pada pagi ini. Aku menunggu perlawanan yang amat bermakna bagi aku. Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Sementara menunggu perlawanan itu, aku menonton sebuah cerita yang bertajuk "Storm Warrior". Sebuah cerita yang diadaptasikan dari Komik. Agak sedap cerita yang aku lihat itu. Aku tidak menyangka begitu banyak idea yang telah dicurahkan dalam filem itu. Awan dan Badai merupakan watak utama. Mungkin ada di kalangan pembaca yang mengetahui cerita lara ini. Memang lara andai menonton tidak sedarkan diri. Bilamana habisnya cerita itu, jam telah menunjukkan pukul 3.45. Aku terus membuka perlawanan itu. Orang Pantai Timur kata, 'sedang molek baru nok start'.
Aku menonton perlawanan ini dari mula hingga ke akhirnya. Aku mendapati perlawanan ini amat memuaskan hatiku. Di akhir perlawanan ini, 5 gol telah dicari oleh pemain Arsenal. 3 orang darinya adalah terdiri dari pemain yang berbakat. Aku bangga dengan mereka-mereka ini. Aku ingin menjadi seperti mereka tetapi tidak kesampaian. Mungkin ada perkara yang lebih penting untuk aku kejar. Bola di Malaysia mungkin tidak boleh dijadikan sebagai suatu karya. Tidak seperti di luar Negara, bola merupakan pekerjaan dan aset pendapatan utama yang penting. Maka, sebab itulah mereka-mereka ini mempunyai wang yang cukup banyak sehinggakan tidak tahu untuk berbuat apa dengan duit sebanyak itu.
Bendtner, Nasri dan juga Eboue merupakan penyumbat gol pada pagi tadi. Aku tidak menyangka Bendtner merupakan pembuka dan penutup bagi penyumbatan gol ini. Beliau juga menyumbang 3 gol kepada arsenal lantas layak ke pusingan seterusnya. Nasri dari pemain Perancis ini adalah orang yang aku kagumi dalam kelab didikan Arsene Wenger ini. Pada minit ke 64 kalau tidak silap aku, telah menyumbat gol yang ketiga bagi Arsenal. Hanya membawa bola secara individu, beliau menyelesaikan penyambungan gol dari Bentner, rakan sepasukannya itu.
Pada pendapat aku sendiri, Arsenal merupakan kelab yang paling banyak mempunyai pemain-pemain muda dan mempunyai potensi untuk menaikkan semula nama Arsenal di arena bola sepak. Aku teringat ketika zaman kanak-kanak dulu, Arsenal dibintangi oleh pemain-pemain yang berbakat dan mengkagumkan. Maka dalam pada itu, bermulalah aku akan Arsenal sehingga sekarang. Turun naiknya kelab ini, aku tidak akan berpaling walau sedikit pun. Stadium Emirates adalah stadium yang akan aku kujungi pada akan datang bilamana ekonomi aku sudah menjadi kukuh dan stabil.
Pada pagi esok, akan diadakan pula perlawanan antara Ac Milan dan Manchester United. Manchester United, musuh tradisi bagi Arsenal, mungkin mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi perlawanan ini. Aku ingin Manchester menang dan aku ingin Arsenal bertemu semula dengan Manchester United bagi menebus balik kekalahan di ketika dulu.
Maka dengan ini,
Arsenal adalah pemangkin kelab-kelab remaja..
Read more...