You Are On Your Own

"Blog Tersimple Abad Ini"

2:36 AM

OH ARSENAL

Posted by Optimisham


Sungguh sejuk pada pagi ini. Aku menunggu perlawanan yang amat bermakna bagi aku. Jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Sementara menunggu perlawanan itu, aku menonton sebuah cerita yang bertajuk "Storm Warrior". Sebuah cerita yang diadaptasikan dari Komik. Agak sedap cerita yang aku lihat itu. Aku tidak menyangka begitu banyak idea yang telah dicurahkan dalam filem itu. Awan dan Badai merupakan watak utama. Mungkin ada di kalangan pembaca yang mengetahui cerita lara ini. Memang lara andai menonton tidak sedarkan diri. Bilamana habisnya cerita itu, jam telah menunjukkan pukul 3.45. Aku terus membuka perlawanan itu. Orang Pantai Timur kata, 'sedang molek baru nok start'.


Aku menonton perlawanan ini dari mula hingga ke akhirnya. Aku mendapati perlawanan ini amat memuaskan hatiku. Di akhir perlawanan ini, 5 gol telah dicari oleh pemain Arsenal. 3 orang darinya adalah terdiri dari pemain yang berbakat. Aku bangga dengan mereka-mereka ini. Aku ingin menjadi seperti mereka tetapi tidak kesampaian. Mungkin ada perkara yang lebih penting untuk aku kejar. Bola di Malaysia mungkin tidak boleh dijadikan sebagai suatu karya. Tidak seperti di luar Negara, bola merupakan pekerjaan dan aset pendapatan utama yang penting. Maka, sebab itulah mereka-mereka ini mempunyai wang yang cukup banyak sehinggakan tidak tahu untuk berbuat apa dengan duit sebanyak itu.

Bendtner, Nasri dan juga Eboue merupakan penyumbat gol pada pagi tadi. Aku tidak menyangka Bendtner merupakan pembuka dan penutup bagi penyumbatan gol ini. Beliau juga menyumbang 3 gol kepada arsenal lantas layak ke pusingan seterusnya. Nasri dari pemain Perancis ini adalah orang yang aku kagumi dalam kelab didikan Arsene Wenger ini. Pada minit ke 64 kalau tidak silap aku, telah menyumbat gol yang ketiga bagi Arsenal. Hanya membawa bola secara individu, beliau menyelesaikan penyambungan gol dari Bentner, rakan sepasukannya itu.

Pada pendapat aku sendiri, Arsenal merupakan kelab yang paling banyak mempunyai pemain-pemain muda dan mempunyai potensi untuk menaikkan semula nama Arsenal di arena bola sepak. Aku teringat ketika zaman kanak-kanak dulu, Arsenal dibintangi oleh pemain-pemain yang berbakat dan mengkagumkan. Maka dalam pada itu, bermulalah aku akan Arsenal sehingga sekarang. Turun naiknya kelab ini, aku tidak akan berpaling walau sedikit pun. Stadium Emirates adalah stadium yang akan aku kujungi pada akan datang bilamana ekonomi aku sudah menjadi kukuh dan stabil.

Pada pagi esok, akan diadakan pula perlawanan antara Ac Milan dan Manchester United. Manchester United, musuh tradisi bagi Arsenal, mungkin mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi perlawanan ini. Aku ingin Manchester menang dan aku ingin Arsenal bertemu semula dengan Manchester United bagi menebus balik kekalahan di ketika dulu.
Maka dengan ini,

Arsenal adalah pemangkin kelab-kelab remaja..


0 comments:

Related Posts with Thumbnails