You Are On Your Own

"Blog Tersimple Abad Ini"

1:44 AM

2010 Afrika Selatan

Posted by Optimisham


Sudah sekian lama aku tidak menulis blog ini. Tajuk lama asyik terpampang sahaja di muka laman yang tidak seberapa ini. Barangkali aku sibuk dengan kerja-kerja yang tidak pernah selesai untuk ditamatkan. Agaknya entah bila baru selesai kerja-kerja aku ini. Aku mengharapkan doa dari pembaca-pembaca laman biasa ini supaya kerja dibereskan dengan segera. Mungkin ini ujian dan dugaan yang akan mematangkan lagi diri kita untuk terus maju ke hadapan. Aku Mohd Shamsul Shahmie bin Othman masih terus mengekalkan tradisi menulis coretan dalam blog ini.


Bahang piala dunia (2010 Africa World Cup) kian terasa di kalangan insani yang fanatik dengan bola bulat itu. Pada kali ini bola bulat itu dipertandingkan di Afrika Selatan. Alangkah indahnya sekiranya diri ini mampu menghadiri untuk menyaksikan bola bulat di padang negara itu. Itulah yang semestinya diimpikan oleh para peminat bola sepak di seluruh dunia tidak kira yang tua dan muda. Walaubagaimanapun aku mungkin dapat menyaksikan hanya di depan televisyen sahaja. Tidak perlu membayar dan mungkin hanya bayar bil elektrik dan astro sahaja.

2010 merupakan tahun yang bersejarah bagi negara Afrika Selatan itu. Buat kali pertamanya temasya sukan terhebat dunia itu diadakan di negara tersebut. Aku melihat di kaca televisyen yang mana mereka-mereka ini sungguh gembira dengan amatnya bilamana temasya ini diadakan di negara mereka. Malaysia? mungkin tidak tahu bilanya akan diadakan sukan itu. Mungkin kita sebagai rakyat Malaysia boleh mengusulkan cadangan ini kepada pihak FIFA dan mereka boleh mempertimbangkan dengan rasa kasihannya. Aku yang ditaqdirkan menjadi rakyat Malaysia ini hanya menunggu dan menunggu saban waktu.

Brazil dan Sepanyol adalah pilihan aku untuk memenangi temasya sukan ini. Ini disebabkan kehebatan pemain negara tersebut mempunyai bintang yang ramai dan idola pada aku. Brazil merupakan juara lima kali dalam temasya sukan dunia popular ini. Aku melihat prestasi mereka baru-baru ini ketika mana Brazil menentang Tanzania di perlawanan persahabatan dengan membenamkan Tanzania dengan mudah 5-1. Permainan yang ditonjolkan oleh pemain-pemain Brazil menambat hati aku untuk menjadikan pasukan mereka pilihan piala dunia kali ini.

Sepanyol juga mempunyai bintang-bintang yang mampu mengegarkan piala dunia kali ini. Kalau melihat sejarah Sepanyol, pasukan ini tidak pernah memenangi temasya sukan hebat ini. Barangkali mereka-mereka ini akan bangkit untuk terus berjuang di medan dunia untuk bergelar Juara 2010. Walaubagaimanapun ketika laluan kelayakan ke piala dunia, mereka menghadapi dengan mudah dan tiada sebarang masalah. Ini terbukti apabila 10 perlawanan yang diadakan, 10 kemenangan yang telah dikecapi oleh Sepanyol. Ini boleh dijadikan sebagai rekod kepada mereka-mereka ini. Kita lihat apa akan terjadi dan bakal berlaku kepada pasukan pilihan ekonomi ini.

Dalam pada itu, pasukan-pasukan lain juga seperti England, Belanda, Perancis, Argentina, Itali, Portugal dan lain tidak mustahil membuat suatu kejutan yang hebat dalam piala dunia kali ini. Berkemungkinan juga pasukan yang tidak kita jangka selama ini akan memegang takhta 2010 piala dunia. Maka dengan itu kita saksikan temasya sukan terhebat ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails